PERSATUAN SUKARELAWAN KOMUNITI (VOLPER) VOLPER ditubuhkan atas idea untuk menggerakkan satu persatuan yang berdaftar untuk menjalankan aktiviti kesukarelaan, melakukan kebajikan dan melatih komuniti untuk menjadi sukarelawan. Sukarelawan Volper sebelum ini telah beberapa tahun menjalankan aktiviti sukarela dan kebajikan, sama ada dalam program, aktyiviti atau latihan yang dijalankan oleh pihak lain. jadi kebanyakan sukarelawan VOLPER telah ada sikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan mengenai kerja sukarela ini.
VOLPER adalah singkatan kepada PERSATUAN SUKARELAWAN KOMUNITI yang telah didaftarkan pada 20 Disember 2016 dibawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966. Matlamat Penubuhan VOLPER adalah 1. Menjalankan program dan aktiviti kesukarelaan dan kebajikan melibatkan komuniti masyarakat. 2. Menggalakkan masyarakat dalam komuniti mempunyai kesedaran untuk melakukan kerja sukarela. 3. Melatih dan membimbing sukarelawan dalam menjalankan aktiviti dan kerja sukarela. 4. Bekerjasama dengan agensi dan pihak lain dalam menjalankan program dan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan secara bersama 5. Menarik minat komuniti untuk bersama-sama menjalankan aktiviti, program dan kerja sukarela yang berfaedah dan menyihatkan. Logo VOLPER berbentuk 'Manusia' mewakili Sukarelawan dan Masyarakat yang bekerjasamademi kebaikan dan kebajikan bersama. Warna ungu adalah warna Sukarelawan dan warna Oren adalah warna ceria dan rela membantu.